Journal of ICT in Education (Dec 2021)
Pembangunan Koswer Interaktif Asas Sains Komputer Sistem Nombor Perduaan Menggunakan Animasi Jari
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk membantu murid mempelajari sistem nombor perduaan menggunakan animasi jari, bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1. Model ADDIE digunakan sebagai garis panduan dalam proses pembangunan koswer yang terdiri daripada fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Data dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah soal selidik sebagai instrumen utama kajian bagi mendapatkan maklum balas daripada guru terhadap penggunaan koswer ini. Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan koswer interaktif sistem nombor perduaan menggunakan animasi jari dapat membantu guru untuk menarik minat murid mempelajari nombor perduaan dengan mudah dan betul. Abstract This study is conducted to help students learn the binary number system using finger animation for Basic Computer Science Form 1. The ADDIE model is used as a guideline in the courseware development process consisting of the analysis phase, design phase, development phase, implementation phase, and evaluation phase. Data were analyzed using a quantitative approach, questionnaire method as the main instrument of the study to obtain feedback from teachers on the use of this courseware. The findings of this study can be summarized, that the use of interactive courseware of binary number systems using finger animation can help teachers to attract students to learn binary numbers easily and correctly.
Keywords