Journal of ICT in Education (Jul 2021)
Mengenal Pasti Tahap Kesediaan Penggunaan Webinar bagi Subjek Intervensi dalam Pendidikan Khas di UPSI
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian menggunakan webinar bagi subjek Intervensi dalam Pendidikan Khas di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini dihasilkan berdasarkan tiga penyataan masalah iaitu terdapat sesetengah pelajar kurang kemahiran menggunakan medium webinar untuk pembelajaran dalam talian, kekurangan kemudahan peranti dalam mengakses pengajaran dalam talian dan cabaran pelajar ISMP melestarikan pembelajaran dalam talian untuk kursus Intervensi dalam Pendidikan Khas. Metodologi kajian adalah kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data. Pengumpulan data untuk soal selidik mengandungi tiga aspek yang diambil perhatian dalam kajian ini iaitu domain pengetahuan, kemudahan peranti dan cabaran dalam pembelajaran atas talian menggunakan webinar. Google form digunakan sebagai platform membina soal selidik dan edaran soal selidik dilakukan dalam talian menggunakan aplikasi Whatsapp dan penghantaran pautan ke dalam emel responden. Responden adalah terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sedang mengambil subjek Intervensi dalam Pendidikan Khas. Hasil analisis untuk kajian ini menunjukkan domain pengetahuan mendapat min 3.46, aspek kemudahan peranti mendapat min 3.84 dan aspek cabaran mendapat nilai min 3.51. Nilai min keseluruhan adalah 3.60. Kesimpulannya, kesediaan pelajar terhadap penggunaan webinar menunjukkan kesan positif dalam subjek Intervensi dalam Pendidikan Khas. Abstract The purpose of this study was to identify the level of readiness of students to follow online learning using webinars for subject Intervention in Special Education at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). This study was produced based on three problem statements. Number one, there are some students lacking skills in using webinar medium for online learning, problem number two is lack of device facilities in accessing online teaching and problem number three is the challenge of ISMP students to preserve online learning for subject Intervention in Special Education. The research methodology is using quantitative methods and questionnaire instruments were chosen to collect data. Data collection for the questionnaire contains three aspects that are given attention into this study, first the domain of knowledge, second, device facilities and third challenges in online learning using webinars. Google form is used as a platform to build questionnaires and the distribution of questionnaires is done online using the WhatsApp application and sending links into respondent emails. Respondents are students of Sultan Idris University of Education who are taking the subject of Intervention in Special Education. The results of the analysis for this study showed that the knowledge domain got a mean of 3.46, the aspect of device convenience got a mean of 3.84 and the challenge aspect got a mean value of 3.51. The overall mean value is 3.60. In conclusion, student’s readiness for the use of webinars shows a positive effect in the subject of Interventions in Special Education.
Keywords