Jurnal Bahasa (Dec 2023)

Penelitian Semula Makna Masyarakat dan Warga Kesan Perubahan Teknologi dan Sosial

  • Hishamudin Isam

DOI
https://doi.org/10.37052/jb23(2)no7
Journal volume & issue
Vol. 23, no. 2
pp. 361 – 384

Abstract

Read online

Penulisan ini meneliti semula makna kata masyarakat dan warga kesan daripada perubahan teknologi dan sosial. Hasil selidikan awal daripada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2015), serta semakan daripada Kamus Dewan Edisi Pertama (1970) dan Kamus Dewan Perdana (2021), didapati bahawa kedua-dua kata yang dikaji tidak bersinonim atau menunjukkan kaitan yang nyata. Walau bagaimanapun, hasil penelitian berdasarkan rujuk silang daripada pangkalan data WebCorp menunjukkan bahawa kedua-dua kata ini berpotensi untuk mempunyai kaitan dari aspek kesan perubahan teknologi dan perubahan sosial. Tiga kata yang mengikat perkaitan tersebut ialah kata “massa”, “siber” dan “internet”. Ketiga-tiga kata tersebut merujuk ciri yang menjelaskan maksud perubahan teknologi dan perubahan sosial. Dengan berdasarkan semakan terhadap pangkalan data WebCorp juga, dapat diperincikan penggunaan kata masyarakat dan warga yang bukan sahaja memaparkan definisi, malah dapat dijelaskan aktiviti, harapan dan tindak tanduk yang melibatkan masyarakat dan warga yangberkaitan dengan “massa”, “siber” dan “internet”. Penulisan ini boleh dijadikan sebagai langkah pemula untuk menjelaskan ruang permasalahan bagi makna kata masyarakat dan warga, dan menjadi pemangkin bagi ahli leksikografi untuk meneliti dan menyemak semula makna kedua-dua kata ini untuk menambah baik entri dalam kamus sedia ada.

Keywords