International Journal of 'Umrānic Studies (Dec 2022)

Pelaksanaan Pengajaran Guru Seni Al-Qur’an Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja Negara Brunei Darussalam: Isu Dan Cabaran

  • Muhammad Haziq bin Haji Shahjahan,
  • Dr Adam bin Haji Jait

Journal volume & issue
Vol. 3, no. 1
pp. 67 – 81

Abstract

Read online

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji Pelaksanaan Pengajaran Guru Seni Al-Qur’an Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja Negara Brunei Darussalam: Isu dan Cabaran. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti cara pelaksanaan pengajaran guru seni Al-Qur’an di Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja. Tujuan kajian ini juga untuk menganalisis isu dan cabaran yang dihadapi guru dalam pelaksanaan pengajaran seni Al-Qur’an dan merumus langkah-langkah bagi memperkasakan pelaksanaan pengajaran guru seni Al-Qur’an Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian adalah terdiri daripada 2 orang guru seni Al-Qur’an Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja di Sekolah Ugama Beribi, Daerah Brunei dan Muara sahaja. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual separa berstruktur, sesi pemerhatian dan analisis dokumen. Data kajian telah di analisis dengan menggunakan program ATLAS. ti versi 7.5.7. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa para guru seringkali menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan kurang mempelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam menyampaikan isi pengajaran. Penggunaan alat bantu mengajar seperti projektor juga jarang sekali digunakan. Seterusnya lagi, analisis data daripada kajian ini menunjukkan bahawa para guru dan pihak Skim Tilawah Al-Qur’an Remaja menghadapi pelbagai masalah seperti aspek kehadiran pelajar-pelajar.

Keywords