International Journal of Management Studies (Jun 2015)

Aspek Pengurusan Program Latihan dan Kesannya Terhadap Kepuasan Atlet Sekolah Sukan

  • Anuar Din,
  • Salleh Abd Rashid,
  • Mohd Isha Awang

Journal volume & issue
Vol. 22, no. 1

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aspek Pengurusan Program Latihan terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. Seramai 206 orang atlet dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih menggunakan persampelan rawak sebagai responden kajian. Kajian ini ialah satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini berdasarkan Athlete Satisfaction Questionnaire (ASQ) oleh Reimer dan Chelladurai (1998) sementara bagi Pengurusan Program Latihan Jurulatih (PPLJ) oleh Anuar (2010). Analisis statistic inferens seperti ujian t, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji lima hipotesis nol pada aras signifikan p < 0.05. Program yang digunakan untuk menganalisis data ialah program SPSS versi 20. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan (r = 0.548, p < 0.05) antara Pengurusan Program Latihan Jurulatih dengan kepuasan atlet. Selain daripada itu, aspek pengetahuan jurulatih, aspek kemudahan dan fasiliti serta aspek program latihan merupakan pengaruh Pengurusan Program Latihan jurulatih yang utama terhadap kepuasan atlet. Para jurulatih perlu merangka program latihan selaras dengan perkembangan Sains Sukan moden tanpa melupakan aspek fasiliti dan kemudahan. Teknologi moden dalam fasiliti dan kemudahan harus digunakan oleh jurulatih dan atlet dengan mengurangkan pendekatan secara tradisional. Kata kunci: Atlet, pengurusan program latihan, jurulatih, fasa, kepuasan.

Keywords