Journal of ICT in Education (Nov 2017)
Aplikasi Prinsip Animasi Exaggeration, Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif serta Model Motivasi ARCS Terhadap Topik Integer Matematik Tingkatan Satu
Abstract
Kajian menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari topik Integer Matematik Tingkatan 1. Ini menyebabkan pelajar mempunyai motivasi yang rendah dalam pembelajaran. Pelajar memerlukan sokongan tambahan dan motivasi agar mereka dapat belajar lebih baik dan bermotivasi. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi prinsip animasi exaggeration, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta elemen motivasi terhadap topik Integer Matematik Tingkatan 1. Kertas kerja ini memfokus kepada aspek kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang perlu dikuasai, model motivasi ARCS dan prinsip exaggeration dalam animasi iaitu elemen penting yang menyumbang kepada kerangka konseptual kajian. Studies show that students have problems in studying Form 1 Mathematics Integer topic. This causes students to have low motivation in learning. Students need additional support and motivation so that they can learn better and be motivated. This paper aims to examine the application of exaggeration principles in animation, critical and creative thinking skills and motivational element in Form 1 Mathematics Integer topic. This paper focuses on aspects of critical and creative thinking skills to be mastered, ARCS motivation model and the principles of exaggeration in animation as an important element that contributes to the conceptual framework.
Keywords