Malaysian Journal of Syariah and Law (Dec 2024)
HAK TERHADAP PENDIDIKAN BAGI PESALAH KANAK-KANAK: KAJIAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY, MELAKA
Abstract
Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, Melaka is an institution established under the Child Act 2001 as a rehabilitation school for children in legal conflict. The aim of the establishment of this institution is to improve the behaviour of child offenders and to protect their rights. Therefore, this study aims to determine the effectiveness of the Child Act 2001 in safeguarding the rights of child offenders to education during the punishment period at SHG Telok Mas, Melaka. The study is based on a qualitative research design and was conducted in SHG Telok Mas, Melaka. Observations, documentations and interviews were used for this study. This study found that children's right to education is upheld and that underage offenders are offered four educational courses that suit their interests and level, namely academic, craft, sports and religious and cultural courses. However, SHG Telok Mas Melaka does not have information on the number of repeat offenders to determine the cause of re-offending. It is recommended that SHG Telok Mas Melaka liaise with the Department of Prisons Malaysia to ascertain the number of repeat offenders in order to strengthen the right to education in SHG Telok Mas, Melaka. ABSTRAK Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas Melaka adalah sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Ia adalah sebuah Sekolah Pemulihan bagi kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik undang-undang. Objektif penubuhan sekolah ini adalah untuk memperbaiki akhlak dan dalam masa yang sama melindungi hak pesalah kanak-kanak. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti keberkesanan Akta Kanak-Kanak 2001 dalam aspek pemulihan serta perlindungan pesalah kanak-kanak yang menjalani hukuman di SHG Telok Mas, Melaka. Melalui kajian kualitatif yang dilakukan di SHG Telok Mas, Melaka, adalah didapati bahawa hak kanak-kanak dari sudut pendidikan adalah terpelihara di mana pesalah kanak-kanak disediakan empat pengkhususan pendidikan yang bersesuaian dengan minat dan tahap pesalah kanak-kanak iaitu kelas akademik, kelas kemahiran, kelas sukan, kelas agama dan kelas kebudayaan. Namun, SHG Telok Mas Melaka tidak mempunyai maklumat berkaitan jumlah pesalah berulang dan mekanisme bagi mengenal pasti punca permasalahan pesalah berulang ini. Justeru, kajian mencadangkan agar SHG Telok Mas Melaka bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi mendapatkan jumlah pesalah berulang dan dapat meningkatkan sistem pendidikan di peringkat sekolah ini.
Keywords