Malaysian Journal of Syariah and Law (Jun 2021)

PRODUK MAKANAN UBAH SUAI GENETIK (GMF) DALAM PERSPEKTIF KONSEP HALALAN TOYYIBAN BERDASARKAN PENILAIAN MAQASID HIFZ AN NAFS

  • Siti Dzil Nataqhain Mohd Fadzli,
  • Mohammad Amir Wan Harun,
  • Ahmad Syukran Baharuddin,
  • Muhammad Reza Amin Reza Adnan

DOI
https://doi.org/10.33102/mjsl.vol9no1.284
Journal volume & issue
Vol. 9, no. 1

Abstract

Read online

Abstract in English: Nowadays, research and production of new food products based on genetic engineering technology are carried out to give benefit to the community. However, the production of food products through this technology has raised concerns in the determination of the legal status and the safety of the food products to be eaten by the consumer. Therefore, this article discusses genetically modified food (GMF) in the concept of halalan toyyiban based on the evaluation of maqasid hifz an nafs. This article uses qualitative design through the documentation study method by comparing and analyzing important information from selected sources such as al-Quran, fiqh books, scientific articles, fatwas, and journals from previous research. The results obtained showed that the GMF products are considered to meet the halalan toyyiban concept if the products follow the six principles in the concept which are halal, healthy, accepted by fitrah, safe, clean, and free from syubhah. This study also found that GMF products can be evaluated through three main maslahah (benefit) in maqasid syariah which is dharuriyyat (necessity), hajiyyat (will), and tahsiniyyat (perfection). Abstract in Bahasa Malaysia: Pada masa kini, penyelidikan serta penghasilan produk makanan baru yang berasaskan teknologi kejuruteraan genetik dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada masyarakat. Namun, penghasilan makanan melalui teknologi ini secara tidak langsung telah menimbulkan kemusykilan dalam penentuan status hukum dan keselamatan produk makanan yang akan dimakan oleh pengguna. Oleh itu, artikel ini membincangkan mengenai produk makanan ubah suai genetik (GMF) dalam konsep halalan toyyiban berlandaskan penilaian maqasid hifz an nafs. Artikel ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu melalui kaedah kajian dokumentasi dengan membandingkan serta menganalisis maklumat penting daripada sumber yang dipilih seperti kitab suci al-Quran, kitab-kitab fiqh, artikel-artikel ilmiah, fatwa-fatwa serta jurnal dari penyelidikan terdahulu. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan produk GMF dianggap menepati konsep halalan toyyiban sekiranya ia mengikut keenam-enam prinsip konsep tersebut iaitu prinsip halal, berkhasiat, diterima fitrah jiwa sejahtera, selamat, bersih dan bebas syubhah. Kajian ini juga mendapati bahawa produk GMF dapat dinilai melalui tiga maslahah utama dalam maqasid syariah iaitu dharuriyyat (keperluan), hajiyyat(kehendak) dan tahsiniyyat (kesempurnaan).

Keywords