Global Journal Al-Thaqafah (Dec 2017)

Model Kepenggunaan-Wasatiyyah Untuk Mengimbangi Fenomena Kepenggunaan Dalam Sistem Ekonomi LiberalKapitalis: Satu Sorotan

  • Mohd Shukri Hanapi,
  • Siti Mastura Muhammad

DOI
https://doi.org/10.7187/GJAT122017-8
Journal volume & issue
Vol. 7, no. 2
pp. 137 – 153

Abstract

Read online

Dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis yang diguna pakai secara meluas pada ketika ini, seseorang yang membelanjakan pendapatannya bagi tujuan memaksimumkan utiliti material merupakan sesuatu yang rasional dan digalakkan. Hal ini kerana penggunaan utiliti material yang maksimum dijadikan sebagai ukuran kemajuan. Dengan itu, semakin tinggi kepenggunaan utiliti material, semakin tinggilah tahap kemajuan. Walau bagaimanapun, memaksimumkan penggunaan utiliti bagi mencapai kepuasan material sebegini boleh menimbulkan kesan negatif terutamanya masalah keberhutangan yang serius dan muflis. Masalah ini berlaku apabila para pengguna membelanjakan pendapatannya bagi tujuan memaksimumkan kepuasan material melampaui kemampuan. Justeru, mereka terpaksa berhutang. Sebagai umat Islam, bagaimanakah penggunaan yang sepatutnya diamalkan? Apakah ukurannya juga berasaskan kepenggunaan utiliti yang maksimum seperti dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis yang banyak diamalkan sekarang ataupun terdapat ukuran yang khusus hingga melahirkan satu bentuk kepenggunaan yang unik? Berhubung isu inilah, makalah ini bertujuan meneliti fenomena kepenggunaan dalam sistem ekonomi liberal-kapitalis dan meneroka satu model kepenggunaan yang lebih berhemah dan terbaik (wasatiyyah). Dalam perkataan lain, ia dikenali sebagai kepenggunaan-wasatiyyah. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini hanya melibatkan penerokaan idea berkaitan model kepenggunaanwasatiyyah. Hasilnya ia menemukan model kepenggunaan-wasatiyyah yang berfalsafahkan tauhid, tahap kepenggunaan yang berakar umbikan komponen maqasid al-syari‘ah dan bermatlamatkan mencapai keredaan Allah SWT.

Keywords