Al-Banjari: Jurnal Ilmiah Ilmu-Ilmu Keislaman (Dec 2018)

SIRAH DALAM MENEGAK PERUBAHAN SOSIAL MENGIKUT PANDANGAN SYEIKH SAID RAMADAN AL-BUTI

  • Nurul Salsabila Abu Bakar,
  • Mohd Nazri Ahmad

DOI
https://doi.org/10.18592/al-banjari.v17i2.1963
Journal volume & issue
Vol. 17, no. 2

Abstract

Read online

Sirah Rasulullah SAW merupakan salah satu karya penulisan ulama perlu diketengahkan kerana telah memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan dakwah dan syariat Islam diseluruh dunia sejak dahulu lagi. Mempelajari sirah Nabi ini bukanlah semata-mata untuk mengetahui peristiwa menarik dan aneh yang berlaku di zaman Nabi SAW. Pengkajian sirah ini juga bukan sekadar ingin mengetahui peristiwa-peristiwa yang telah melakar sejarah sebagaimana kajian-kajian sejarah yang lain sebagai contoh sejarah hidup seorang khalifah atau sejarah tamadun yang silam. Sirah juga bukanlah sekadar satu kisah yang dibaca pada hari keputeraan baginda SAW sahaja. Apa yang lebih besar sebenarnya adalah ikatan seseorang Muslim dengan Rasulnya sehinggakan pada akhirnya Muslim itu berjaya menjadikan sirah sebagai sesuatu yang dapat menambahkan iman, memperelok akhlak, menyemarakkan perjuangan Islam serta dapat mendorong Muslim itu untuk terus berpegang dengan kebenaran dan seterusnya istiqamah kepadanya. Kajian ini akan mengetengahkan peranan sirah dalam mengukuhkan aspek sosial masyarakat dan perkara ini akan dilihat berdasarkan kepada pandangan Syeikh Ramadan al-Buti. Kaedah analisis kandungan akan digunakan dalam mengkaji kitab Fiqh as-Sirah an-Nabawiyyahbagi mendapatkan data. Data tersebut akan dianalisis secara deskriptif dan eksplanatori. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keperluan pendekatan sirah dalam aspek sosial adalah tinggi bagi membentuk aspek sosial yang baik itu sendiri. Walau bagaimanapun, Syeikh Ramadan al-Buti telah membuka ruang sepenuhnya supaya aspek sirah diaplikasikan kedalam perubahan sosial masyarakat islam dari masa ke semasa. Implikasi kajian menunjukkan bahawa sirah Rasulullah telah berjaya membentuk satu Kerajaan Islam yang baik berbanding sejarah tamadun Barat yang musnah ekoran tiada sisa-sisa kemanusiaan yang dihidupkan.

Keywords