Jurnal Bahasa (Jun 2022)

Pengaplikasian Teori Retorik Moden dalam Penyampaian Ceramah Ustaz Kazim Elias

  • Dewi Hj Samri

DOI
https://doi.org/10.37052/jb22(1)no3.
Journal volume & issue
Vol. 22, no. 1
pp. 49 – 76

Abstract

Read online

Dakwah yang disampaikan menerusi ceramah seharusnya menggunakan bahasa yang tepat dan jitu bagi memastikan pendengar memahami maksud yang disampaikan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian pesanan dakwah tidak sampai kepada pendengar disebabkan kegagalan pendakwah mengolah dan menggunakan bahasa dengan sebaik-baiknya. Pendekatan retorik dapat memperbaik pengolahan bahasa terutamanya dalam penggunaan bahasa yang menarik bagi setiap pengucapan sehingga mampu mempengaruhi pendengarnya (Nur Sakinah, 2018:9). Oleh itu, kajian ini memfokuskan pada beberapa objektif utama, iaitu untuk mengenal pasti jenis retorik di samping meneliti fungsi dan peranan bagi setiap jenis retorik yang digunakan oleh Ustaz Kazim Elias. Kajian ini memanfaatkan penggunaan Teori Retorik Moden yang dikemukakan oleh Enos dan Brown pada tahun 1993 dengan menggunakan kaedah yang berunsurkan kualitatif. Penggunaan teori ini dijadikan panduan utama untuk menghuraikan dan menjelaskan ungkapan tertentu mengikut konteks yang diujarkan. Selain itu, data kajian ini memfokuskan kepada satu video ceramah Ustaz Kazim Elias yang telah dimuat turun dan ditranskripsi sepenuhnya untuk memudahkan proses penganalisisan data. Berdasarkan analisis dan perbincangan yang telah dilakukan, kajian ini mendapati semua jenis retorik telah dijumpai dalam penyampaian ceramah Ustaz Kazim Elias, iaitu pendedahan sebanyak 31%, penghujahan 5%, penerangan 19%, penceritaan 37% dan pemujukan sebanyak 8%. Kesemua jenis retorik ini telah dikenal pasti melalui penanda tertentu, seperti penggunaan kata pemeri, kata penegas, kata sifat, kata perintah, kata penguat, bahasa figuratif (simile dan metafora) dan ayat-ayat al-Quran.

Keywords