Global Journal Al-Thaqafah (Jun 2016)

Elemen Psikologi Islam dalam Silibus Psikologi Moden: Satu Alternatif

  • Fariza Md Sham

DOI
https://doi.org/10.7187/GJAT10520160601
Journal volume & issue
Vol. 6, no. 1
pp. 75 – 85

Abstract

Read online

Elemen psikologi Islam dalam silibus psikologi moden di pusat pengajian tinggi belum ke tahap yang memuaskan. Kebanyakan pembelajaran psikologi merujuk kepada teori dan konsep ahli psikologi Barat. Kini, kesedaran pengislaman ilmu psikologi, mendapat perhatian daripada kalangan ahli psikologi. Oleh itu, artikel ini menganalisis perbincangan yang berkaitan dengan elemen psikologi Islam yang boleh diterapkan dalam pembelajaran psikologi. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan dengan melakukan analisis dokumen terhadap kajian-kajian lepas.Hasil kajian mendapati, psikologi Islam mula dibincang dan diberi perhatian oleh pengkaji masa kini sejak tahun 1970 an. Kajian juga mendapati, elemen psikologi Islam sesuai untuk dimasukkan dalam silibus psikologi moden yang meliputi aspek konsep, pengenalan tokoh, bidang kajian dan metode kajian psikologi Islam. Perbincangan ini memberi implikasi bahawa psikologi Islam mampu menjadi psikologi alternatif dalam proses pembelajaran yang mengandungi nilai moral dan pendidikan bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia.

Keywords