Issues in Language Studies (Nov 2022)

Kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru: Analisis Fonologi Generatif

  • Nur Farahkhanna Mohd Rusli,
  • Norfaizah Abdul Jobar,
  • Nur Faaizah Md Adam

Journal volume & issue
Vol. 11, no. 2

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan menjelaskan kesalahan ejaan murid berdasarkan bunyi konsonan dalam ujaran guru. Data diperoleh secara kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian. Tiga orang guru bahasa Melayu dan 114 orang murid tahun 1 dari Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid, Hulu Langat, Selangor telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik dan borang maklum balas. Data dianalisis menggunakan data spektogram, teori fonologi generative dan perisian Praat.org. Hasil kajian menunjukkan murid tahun 1 menghasilkan pelbagai bentuk ejaan yang tidak tepat yang melibatkan bunyi konsonan [r], [h] dan [k]. Berdasarkan teori fonologi generatif, variasi ejaan ini berlaku disebabkan pelaksanaan rumus pengguguran dan rumus pembentukan hentian glotis. Dari segi implikasi, kajian ini bertujuan mendedahkan kepentingan bertutur menggunakan bahasa Melayu baku yang betul mengikut konteks dan situasi. Hal ini bertujuan meningkatkan kemahiran bertutur dan membekalkan maklumat yang tepat kepada murid terutama murid yang berada di peringkat awal persekolahan seperti murid tahun 1.

Keywords