Kajian Malaysia (Jan 2007)

PRODUKTIVITI BAGI SISTEM PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA (PRODUCTIVITY IN HIGHER EDUCATION SYSTEM IN MALAYSIA)

  • Chan Lee Yee,
  • Norehan Abdullah

Journal volume & issue
Vol. 25, no. 2
pp. 75 – 120

Abstract

Read online

Kajian ini cuba menganalisis isu produktiviti dalam sistem pengajiantinggi Malaysia. Produktiviti merupakan nisbah output per unit input,namun output sukar diukur kerana tidak boleh menetapkan satu piawaiuntuk mengukur kualiti bagi seseorang graduan. Kebanyakan kajianberfokus kepada pengukuran kualiti bagi pengajian tinggi ataupenggunaan least cost solution yang mementingkan kuantiti berbandingkualiti, dan kecekapan berbanding keberkesanan. Justeru itu, objektifkajian ini adalah untuk mengenalpasti cara pengukuran produktivitiyang terbaik dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mengkajihubungan kecekapan sistem pengajian tinggi dengan pengangguransiswazah. Menggunakan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai keskajian, produktiviti diukur melalui kecekapan dan keberkesanan.Kecekapan adalah pengukuran nisbah jumlah pelajar UUM denganjumlah kos, dan keberkesanan merujuk kepada sejauhmana UUMmemenuhi keperluan masyarakat. Kaedah regresi digunakan untukmenganggar hubungan jumlah penganggur siswazah dengan kospendidikan dan kos pendidikan tinggi. Hasil kajian mendapati secararelatifnya, produktiviti UUM agak rendah apabila hanya separuhdaripada jumlah graduan dapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulanselepas mereka keluar dari universiti, dan lebih 40 peratus jatuh dalam kategori pengangguran. Keputusan analisis regresi menunjukkanbahawa kecekapan sistem pengajian tinggi berhubungan positif dansignifikan dengan pengangguran siswazah.

Keywords