Global Journal Al-Thaqafah (Dec 2012)

Takwilan Nas-Nas Sifat Mutashabihat Dalam Kalangan Salaf

  • Muhammad Rashidi Wahab,
  • Syed Hadzrullathfi Syed Omar

DOI
https://doi.org/10.7187/GJAT252012.02.02
Journal volume & issue
Vol. 2, no. 2
pp. 77 – 85

Abstract

Read online

Isu takwilan nas-nas mutashabihat merupakan satu isu yang berlarutan dalam pemikiran umat Islam sejak kurun awal Hijrah sehingga kini. Ulama Salaf sering dilabelkan oleh sesetengah penulis kontemporari sebagai golongan yang tidak mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat, manakala ulama Khalaf yang datang selepas Salaf dilabelkan sebaliknya. Kesan daripada kenyataan tersebut, timbul polemik dalam kalangan umat Islam hari ini mengenai keharusan takwilan Khalaf terhadap nas-nas sifat mutashabihat adalah menyalahi pegangan Salaf. Namun sejauh manakah keabsahan dan dakwaan tersebut boleh dipertanggungjawabkan, perlu ditinjau semula bagi menangani konflik tersebut. Untuk tujuan demikian, artikel ini diketengahkan untuk meneliti kenyataan dan pandangan para ulama Salaf dalam isu berkenaan bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil sikap mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat atau sebaliknya. Kajian kualitatif yang memfokuskan kepada analisis kandungan dokumen ini, mendapati bahawa terdapat dalam kalangan ulama Salaf yang hidup sehingga kurun ketiga Hijrah turut mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat sebagaimana sebahagian ulama Khalaf melakukan pentakwilan. Maka dakwaan para ulama Salaf keseluruhannya menolak metode takwil nas-nas sifat mutashabihat adalah suatu pandangan yang kurang tepat. Kajian turut mengenal pasti bahawa istilah Salaf bukan sahaja merujuk kepada tokoh yang hidup dalam kurun tiga Hijrah pertama sahaja, sebaliknya kurun kelima Hijrah yang dijadikan sebagai penamat tempoh hidup para Salaf turut dilihat sebagai suatu pandangan yang signifikan untuk diketengahkan dalam masyarakat kontemporari kini.

Keywords