International Journal of Management Studies (Jun 2015)

Hubungan Antara Pengurusan Sumber Manusia, Budaya Organisasi dan Prestasi Organisasi: Pemodelan Persamaan Struktur

  • Tang Swee Mei,
  • Khulida Kirana Yahya,
  • Lim Kong Teong

Journal volume & issue
Vol. 22, no. 1

Abstract

Read online

Kajian ini menyelidik hubungan antara pengurusan sumber manusia (PSM), budaya organisasi dan prestasi organisasi menerusi pemodelan persamaan struktur. Kajian ini berasaskan reka bentuk tinjauan dan bersifat keratan rentas. Sebanyak 137 soal selidik dikutip daripada organisasi pembuatan di Malaysia dan digunakan dalam analisis statistik. Amalan PSM termasuk pengambilan pekerja, penilaian prestasi, latihan dan pembangunan, ganjaran berasaskan prestasi, pengurusan kerjaya, perkongsian maklumat, dan jaminan pekerjaan. Pemboleh ubah budaya organisasi meliputi penglibatan, koordinasi dan integrasi, komunikasi terbuka, kepercayaan, penambahbaikan, dan kerjasama. Sementara pemboleh ubah prestasi organisasi merangkumi kadar pertumbuhan jualan, hasilan operasi dan hasilan sumber manusia. Hampir 57 peratus daripada varians dalam konstruk budaya organisasi dapat diterangkan oleh konstruk PSM. Sementara kedua-dua konstruk PSM dan budaya organisasi dapat menerangkan kira-kira 68 peratus varians dalam konstruk prestasi organisasi. Model persamaan struktur menunjukkan budaya organisasi berperanan sebagai pengantara dalam hubungan antara PSM dengan prestasi organisasi. Kata kunci: Pengurusan sumber manusia, budaya organisasi, prestasi organisasi, LISREL.

Keywords