Al-Rāʾiq (Jun 2022)

Menghayati Nilai Iman, Islam dan Ihsan dalam Mendepani Cabaran Kontemporari

  • Nor Dalilah Zakaria,
  • Raihanah Azahari

Journal volume & issue
Vol. 5, no. 1
pp. 20 – 74

Abstract

Read online

Cabaran pada era kontemporari membawa masyarakat berdepan dengan masalah keruntuhan nilai kemanusiaan, jenayah yang berleluasa serta ketidakseimbangan emosi sehingga menimbulkan masalah kecelaruan jiwa. Realitinya keberagamaan masyarakat Islam berada pada tahap rendah atas pelbagai faktor antaranya rendahnya kefahaman agama, terpengaruh dengan budaya barat dan merasakan kehidupan beragama hanya bagi mereka yang berusia tua. Nilai-nilai keagamaan yang semakin rendah serta berlakunya konflik dalam institusi keluarga mampu menyumbang kepada wujudnya penyakit sosial masa kini. Krisis kejiwaan dan ketandusan spiritual manusia di era globalisasi dapat diatasi jika manusia kembali kepada agama dan mengamalkan ajaran-ajaran agama Masyarakat perlu mempunyai kemahiran daya tahan dan jati diri yang kukuh bagi melahirkan insan seimbang dari aspek dalaman dan luaran. Oleh itu suntikan elemen agama dan kerohanian menjadi keutamaan sebagai usaha untuk meningkatkan kesejahteraan diri. Artikel ini menggunakan metod dokumentasi dengan mengumpulkan data-data berkaitan nilai tiga prinsip asas agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan sebagai asas fardu ain yang menjadi kewajipan kepada setiap mukallaf untuk dipelajari, difahami, dihayati serta diamalkan. Artikel ini juga membincangkan 10 ciri amalan beragama di dalam Surah al-Ahzab ayat 35 sebagai ciri amalan beragama yang perlu diikuti oleh setiap individu muslim dalam mengharungi kehidupan seharian. Artikel ini menyimpulkan terdapat enam elemen utama dalam menghayati amalan beragama melalui tiga prinsip agama. Enam elemen ini yang berkait di antara satu sama lain iaitu; Ilmu; Amalan zahir dan batin; Hubungan dengan Allah dan manusia; Perintah suruhan dan tegahan; Amalan fardu dan nawafil dan Istiqomah.