Malaysian Journal of Learning and Instruction (Jan 2007)

Persepsi Guru Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap Pelaksanaan Pencerapan Pengajaran

  • Tang Keow Ngang

Journal volume & issue
Vol. 4

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) terhadap pencerapan pengajaran di bilik darjah dan hubungkaitnya dengan budaya kerja dan sikap terhadap kerja. Sejumlah 121 orang guru PPSMI dari 16 buah sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu telah dijadikan responden. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru PPSMI terhadap pelaksanaan pencerapan pengajaran di bilik darjah adalah positif dan sederhana. Di samping itu dimensi proses pencerapan dan dimensi maklum balas pencerapan adalah pada tahap yang sederhana dan positif. Skor min menunjukkan budaya kerja dan sikap terhadap kerja di kalangan guruguru berkenaan adalah positif. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan dan positif antara persepsi guru PPSMI terhadap dimensi proses dan maklum balas pencerapan pengajaran dengan budaya kerja. Manakala persepsi guru PPSMI terhadap dimensi proses pencerapan pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap kerja. Hanya dimensi proses pencerapan sahaja berjaya menjadi peramal yang signifikan terhadap budaya kerja.