Jurnal Bahasa (Dec 2022)

Penerapan Rumus Sintaksis dalam Karangan Fiksyen Kanak-Kanak oleh Murid Lembam Sekolah Rendah: Fokus pada Binaan Ayat

  • Nor Azuwan Yaakob,
  • Awang Sariyan,
  • Syed Nurulakla Syed Abdullah

DOI
https://doi.org/10.37052/jb22(2)no6
Journal volume & issue
Vol. 22, no. 2
pp. 299 – 328

Abstract

Read online

Kajian ini berfokus pada penerapan rumus sintaksis dari aspek binaan ayat dalam karangan fiksyen kanak-kanak oleh murid lembam sekolah rendah di Selangor dan Putrajaya, Malaysia. Objektif kajian adalah untuk menganalisis binaan unsur sintaksis yang dihasilkan dalam karangan fiksyen kanak-kanak oleh sampel kajian terpilih; mengaitkan analisis binaan unsur sintaksis itu dengan kemampuan sampel kajian dalam penulisan karangan fiksyen kanak-kanak dari sudut bahasa; serta menyarankan strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk aspek penulisan kepada murid-murid lembam. Aspek sintaksis yang dipilih untuk dianalisis dalam kajian ini ialah binaan ayat, yang meliputi ayat tunggal, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk bercampur. Aspek binaan ayat ialah aspek asas dalam sintaksis yang perlu dikuasai untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Model analisis sintaksis yang digunakan ialah model yang diketengahkan oleh Awang (2015) yang merupakan penyesuaian daripada Model Short dan Leech (1981, 2007) dalam kaedah analisis prosa fiksyen. Daripada analisis yang dilakukan, didapati bahawa sampel kajian yang terdiri daripada kategori murid lembam dapat menerapkan rumus sintaksis untuk menerbitkan ayat dalam hierarki sintaksis, iaitu daripada ayat tunggal (ayat yang paling mudah) kepada ayat yang lebih kompleks, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan

Keywords