Jurnal Bahasa (Dec 2021)

Penentuan Tingkat Kekerabatan dan Abad Pisah antara Bahasa Banjar dengan Bahasa Melayu: Kajian Linguistik Sejarah dan Perbandingan

  • Mohd Khaidir Abdul Wahab,
  • Adi Kasman Che Halin

DOI
https://doi.org/10.37052/jb21(2)no5
Journal volume & issue
Vol. 21, no. 2
pp. 273 – 304

Abstract

Read online

Bahasa Banjar merupakan bahasa Austronesia yang dituturkan oleh suku Banjar di Kalimantan, Indonesia sebagai bahasa ibunda. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa proto-Malayik sama seperti bahasa Minangkabau, bahasa Melayu dan bahasa Iban. Kajian ini meneliti hubungan kekerabatan antara bahasa Banjar dengan bahasa Melayu dengan cara menyenaraikan kosa kata dasar kedua-dua bahasa ini melalui penggunaan kaedah perbandingan leksikostatistik dan penerapan kaedah glotokronologi. Melalui kaedah ini, kadar peratusan kata berkerabat dapat ditentukan dengan cara menghitung jumlah kata berkognat melalui penelitian unsur retensi dan unsur inovasi. Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas bahasa ini memanfaatkan senarai 200 kata Morris Swadesh. Daripada 195 kosa kata dasar yang dibandingkan, terdapat sebanyak 158 atau 81% peratus kosa kata dasar bahasa Banjar yang berkognat dengan bahasa Melayu. Peratus kekerabatan ini memperlihatkan bahawa bahasa Banjar dan bahasa Melayu berada pada tingkat kekerabatan bahasa. Abad atau tahun pisah kedua-dua bahasa ini dari tahun 2021 diandaikan antara abad ke-15M hingga abad ke-17M atau 1440 hingga 1602 tahun yang lalu. Walaupun hubungan kekerabatan bahasa Banjar dengan bahasa Melayu sangat rapat, iaitu berada dalam tingkat kekerabatan bahasa, orang Melayu tidak dapat memahami bahasa Banjar kecuali dengan mempelajarinya. Dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah leksikostatistik dan penerapan rumus glotokronologi yang telah disarankan oleh Lees (Lehman, 1973: 105) dan Gudschinsky (1964: 618) dalam menentukan abad pisah bahasa Austonesia adalah satu kaedah yang relevan dan bersesuaian dalam menghuraikan secara sistematik salasilah hipotetikal bahasa berdasarkan usia yang dikemukakan oleh Asmah (2008: 3) dan pengkaji tempatan yang lain.

Keywords