Journal of ICT in Education (Jun 2019)

Pembangunan Modul Interaktif Pengukuran Kendiri Guru Terhadap Tahap Kegunaan Harian Kandungan Pelajaran

  • Ismail @ Ismail Yusuf Panessai,
  • Mohd Razimi Husin,
  • Hishamuddin Ahmad,
  • M. Shazwan Fuad Md Mansor

DOI
https://doi.org/10.37134/jictie.vol6.6.2019
Journal volume & issue
Vol. 6
pp. 58 – 65

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem modul interaktif yang boleh digunapakai bagi meneroka dan membina senarai semak pengukuran kendiri guru terhadap kandungan pembelajaran yang signifikan dalam kehidupan harian dan pekerjaan murid pada masa akan datang. Tujuan sistem modul interaktif ini dibangunkan adalah untuk menyumbang kepada guru dalam memilih kandungan pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran. Kajian ini akan berfokus pada kandungan mata pelajaran sejarah tingkatan 1 yang melibatkan guru dan murid. Selain itu, dengan wujudnya senarai semak pengukuran kendiri guru, warga pendidik boleh menggunakannya dalam menentukan kandungan pembelajaran yang signifikan dengan kehidupan dan alam pekerjaan murid. Sistem modul interaktif yang dibina juga memberi manfaat kepada murid apabila pembelajaran yang berlaku berpaksikan kandungan dan kemahiran yang dapat digunakan sepanjang masa. Data kajian diperoleh melalui pemerhatian lapangan di dalam bilik darjah dan hasil kerja guru. Secara amnya, responden menyatakan bahawa penggunaan sistem modul interaktif yang dibangunkan amat baik dan berkesan, antarmuka sistem yang dibangunkan adalah menarik minat pengguna, kebolehgunaan sistem yang dibangunkan adalah sangat membantu guru dan murid, navigasi sistem yang dibangunkan adalah mesra pengguna dan responden berpuas hati dengan modul yang dibangunkan. The study aims to develop an interactive module system that can be used to explore and to build a self-assessment checklist for teachers on significant learning content in their daily life and students’ work for the future. The purpose of this interactive module system is to contribute to the teachers in selecting appropriate learning content for teaching. This study will focus on the content of Form 1 History subject involving teachers and students. In addition, with a self-assessment checklist of teachers, they can use it in to determine significant learning contents with the life and nature of student work. The developed interactive module system also benefits pupils when learning happens with the content and skills that can be used at all time. The research data were obtained through field observations in the classroom and teaching outcomes. In general, the respondents stated that the use of interactive module system developed can gain users interest, the usability of the developed system is very helpful to teachers and students, the navigation system developed is user-friendly, and the respondents are satisfied with the module developed.

Keywords