International Journal of Management Studies (Feb 2004)

Amalan Perekrutan oleh Firma di Malaysia: Satu Kajian Empirikal

  • Tang Swee Mei,
  • Lim Kong Teong

Journal volume & issue
Vol. 11

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan menyelidik amalan perekrutan semasa di Malaysia khususnya terhadap jawatan pengurusan. la juga bertujuan untuk meneliti tahap pengetahuan personal dan tahap penggunaan teknik perekrutan. Seterusnya, kajian ini juga meninjau persepsi pengurus sumber manusia tentang keberkesanan teknik perekrutan dalam mendapatkan pekerja yang berkualiti dan yang dapat menunjukkan prestasi kerja yang tinggi. Berdasarkan kepada skor purata, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan personal terhadap teknik perekrutan adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap penggunaan oleh syarikat. Hasil kajian juga mengesahkan teknik perekrutan tradisional seperti iklan surat khabar, resume dan rujukan pekerja masih popular digunakan.

Keywords