Global Journal Al-Thaqafah (Nov 2011)

Mohammad Natsir (1908-1993): Satu Model Kecendikiawanan

  • Mohamad Kamal Hassan

DOI
https://doi.org/10.7187/GJAT062011.01.01
Journal volume & issue
Vol. 1, no. 1
pp. 57 – 70

Abstract

Read online

Antara gergasi yang terakhir di antara pencinta Negara Indonesia dan pemimpin politik revolusi, adalah insan yang diberi nama Mohammad Natsir. Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Penerangan dan kemudian Perdana Menteri bagi Republik tersebut dalam tahun 1950an. Tanpa syak lagi beliau mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas pemikiran Islam dan politik di dalam Indonesia selepas peperangan berbanding mana-mana yang sezaman atau seangkatan dengan beliau. Dengan sifat sederhana dan ketidak-pura-puraannya, beliau diberikan reputasi yang sepatutnya di atas integriti tersendiri dan kejujuran yang amat tinggi di dalam berpolitik. Kertas kerja ini memaparkan wacana pengetahuan tacit beliau yang kian lama pudar tanpa diberi peluang untuk diterbitkan. Dalam usaha ini, penulis bertujuan mempamerkan kehidupan Mohammad Natsir yang sentiasa hidup dengan mudah, menghormati majlis dan pemakaian beliau yang cukup sederhana. Wacana ini berkongsi falsafah kepimpinan dan sifat tetap dan komited beliau dalam hukum-hukam Islam. Dengan penulisan ini diharapkan akan wujud kesedaran bahawa ilmu yang di bawa dalam Islam tidak terganggu gugat dengan pengaruh yang sentiasa mencari sebab-musabab mengkompromasikan keilmuan Muslim yang jitu.

Keywords