Al-Banjari: Jurnal Ilmiah Ilmu-Ilmu Keislaman (Dec 2019)

CIRI-CIRI PERSONALITI BAPA YANG DIHARAPKAN OLEH ANAK-ANAK DALAM KELUARGA

  • Izzah Nur Aida

DOI
https://doi.org/10.18592/al-banjari.v18i2.2645
Journal volume & issue
Vol. 18, no. 2
pp. 313 – 328

Abstract

Read online

Father as a head of family having a great responsibility should be an example to children and wife. However, late father has tended to be linked to bad personalities such as bad temperament, incest, physical abuse, neglecting of living, unfairness, lacking concern for the development of children and so on that, all of these problems affect these children badly. This study was conducted to examine the characteristics of the father's personalities expected by the children in the family. The design of this study is a survey of 454 form fourth grade students who are chosen randomly (fishbowl draw). These data use descriptive statistical techniques using SPSS version 22. It showed that the majority of the children expected their father to spend time together such as travelling and eating with the family (mean = 3.75), a loving father (mean = 3.74), the father who is fair to his children (mean= 3.70). The implications of the study can help the father to know the perceptions and expectations of the children and then strives to be a good father in the family. This study is useful for responsible parties such as LPPKN, Welfare Department and so on in managing the family affairs program in Malaysia. Bapa sebagai ketua keluarga mempunyai tanggungjawab yang besar seharusnya menjadi contoh kepada anak-anak dan isteri. Namun, pelbagai krisis yang berlaku dalam konteks kekeluargaan masa kini cenderung dikaitkan dengan isu personaliti bapa yang tidak baik dalam keluarga seperti panas baran, sumbang mahram, penderaan, pengabaian nafkah, tidak adil, kurang prihatin perkembangan anak dan sebagainya yang akhirnya kesemua masalah ini memberi kesan yang buruk kepada anak-anak. Persoalan seperti apakah ciri-ciri personaliti bapa yang diharapkan menurut perspektif anak-anak wajar diberi perhatian sebagai langkah mengatasi isu ini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri personaliti bapa yang diharapkan oleh anak-anak dalam keluarga. Desain bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan terhadap 454 pelajar sekolah tingkatan 4 yang dipilih secara acak (fishbowl draw). Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS version 22. Dapatan kajian menunjukkan majoriti anak-anak berharap agar bapa mereka meluangkan masa bersama dengan cara membawa berjalan jalan dan makan sepuasnya bersama keluarga (mean=3.75), bapa yang penyayang (min=3.74), bapa bersikap adil antara adik-beradik yang lain (min=3.70). Implikasi kajian dapat membantu bapa mengetahui persepsi dan harapan anak-anak seterusnya berusaha menjadi bapa yang baik dalam keluarga. Kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya dalam menguruskan program hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.

Keywords