Jurnal Bahasa (Dec 2022)

Rekonstruksi Fonologi Vokal Bahasa Jakun: Suatu Analisis Fonologi Diakronik dengan Bahasa Melayu PURBA

  • Mohamad Rozi Kasim

DOI
https://doi.org/10.37052/jb22(2)no1
Journal volume & issue
Vol. 22, no. 2
pp. 173 – 204

Abstract

Read online

Kajian ini membincangkan bahasa Jakun yang dituturkan oleh masyarakat orang asli Jakun di negeri Johor. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan proses fonologi vokal bahasa Jakun dengan membandingkannya dengan proses fonologi vokal bahasa Melayu purba yang telah direkonstruksi oleh Adelaar (1992). Perbandingan secara diakronik ini dilakukan bagi mendapatkan bentuk fonologi bahasa Jakun yang sebenar. Objektif berkenaan dicapai dengan menggunakan teori fonologi atur rumus oleh Chomsky & Halle (1968). Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dalam penghuraian data yang dipungut di lapangan. Hasil kajian ini telah menunjukkan bentuk sebenar fonologi vokal bahasa Jakun di negeri Johor. Antara penemuan baharu kajian ini adalah menolak kenyataan Carey (1976) yang menganggap bahasa Jakun kini sudah hilang sifat keasliannya dan meminjam kosa kata bahasa Melayu sahaja Kajian ini mendapati bahawa bahasa Jakun bukannya meminjam bahasa Melayu tetapi bahasa Jakun ini merupakan salah satu cabang daripada bahasa induk, iaitu bahasa Melayu purba. Di samping itu, salah satu penemuan baharu dalam kajian ini ialah terdapatnya vokal dalam bahasa Jakun yang menjadi sengau disebabkan proses penasalan vokal secara regresif. Fenomena ini dianggap istimewa kerana vokal pada suku kata tertutup sebelum konsonan nasal dan faringgal pada akhir kata menerima fitur nasal daripada konsonan nasal dan faringgal secara ke belakang. Kewujudan penasalan vokal secara regresif ini boleh dikatakan sebagai penemuan baharu dalam kajian kerana proses fonologi ini tidak berlaku dalam bahasa Melayu standard tetapi wujud dalam dialek lain seperti dialek Pattani Gerik. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada kajian bahasa Jakun dan bahasa orang asli di tempat lain

Keywords