Malaysian Journal of Syariah and Law (Jun 2021)

AR-RAHNU: ISU DAN PENYELESAIAN SEMASA

  • NOR RAZINAH MOHD. ZAIN,
  • Aznan Hasan

DOI
https://doi.org/10.33102/mjsl.vol9no1.239
Journal volume & issue
Vol. 9, no. 1

Abstract

Read online

Ar-Rahnu merupakan satu konsep pajak gadai yang berteraskan prinsip-prinsip Sharī‘ah. Berlainan dengan amalan pajak gadai konvensional (PGK), Ar-Rahnu menitikberatkan amalan pajak gadai yang bebas daripada elemen-elemen yang dilarang oleh Sharī‘ah seperti ribā dan gharar. Berdasarkan keadaan semasa di Malaysia, kajian ini ditulis untuk menghayati isu-isu penting berkaitan dengan amalan Ar-Rahnu dan penyelesaian dari aspek perbincangan secara Fiqhī dan kesesuaian dengan perundangan yang wujud di Malaysia. Kajian ini ditulis sebagai tambahan kepada literatur yang sedia wujud berkaitan dengan Ar-Rahnu yang didapati masih lagi sedikit. Dengan menggunakan kaedah kualitatif dan keadah analisa secara perbandingan, pengkaji-pengkaji mendapati Ar-Rahnu masih boleh diamalkan di Malaysia walaupun tanpa kewujudan undang-undang khusus. Kaedah pengharmonian di antara undang-undang sivil dan Sharī‘ah masih diperlukan dalam penghayatan amalan Ar-Rahnu bagi memastikan keberkesanan amalan ini di kalangan anggota masyarakat.

Keywords