Journal of ICT in Education (Jun 2019)

Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal

  • Syamsulaini Sidek,
  • Mashitoh Hashim

Journal volume & issue
Vol. 3
pp. 24 – 33

Abstract

Read online

Artikel ini membentangkan hasil penilaian kritikal pengajaran berasaskan video yang berperanan dalam menggalakkan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) di kalangan pelajar. Penggunaan video banyak membantu pendidik untuk memudah aktiviti pengajaran di samping pelajar lebih seronok untuk belajar. SCL mampu menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam pembelajaran. Metodologi yang diguna adalah dengan membuat carian artikel menggunakan beberapa kata kunci menerusi pangkalan data digital yang dipilih seperti IEEE, ScienceDirect, Web of Science dan sebagainya. Rumusan daripada hasil analisis dan kritis pembacaan kajian lepas telah menemui lima kepentingan video iaitu dapat meningkatkan bilangan bacaan dan bahan pengajaran, membantu dalam pembangunan asas pengetahuan pelajar, mengukuh kefahaman, meningkatkan motivasi dan semangat pelajar dan akhir sekali menggalakkan keberkesanan pendidik dalam mengajar. This article reports findings from critical evaluation on video-based teaching in enhancing student-centered learning (SCL) strategy among students. The usage of video helps educators to simplify teaching activity, in addition, students feel fun to learn. SCL can produce students who are more active and competitive in gaining knowledge. In addition, the use of video can diversify teaching methods to motivate students and make them interested in learning at the same time. Methodology used is by searching articles using various keywords through selected digital database such as IEEE, ScienceDirect, Web of Science, and others. In summary, from the analysis and critical reading from previous studies, in summary, findings discover the five purposes of video, i.e. increase the number of reading and teaching materials, assist in the development of students’ basic knowledge, enhance understanding, improve motivation and students’ enthusiasm, and finally promote educators’ effectiveness in teaching.

Keywords