Malaysian Journal of Learning and Instruction (Dec 2017)

PERTALIAN ANTARA PENGALAMAN MASTERI DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU: REGRESI-META KAJIAN KERATAN LINTANG

  • Mohamad Sahari Nordin,
  • Tunku Badariah Tunku Ahmad,
  • Nordin Abd Razak,
  • Mohd Burhan Ibrahim,
  • Joharry Othman

DOI
https://doi.org/10.32890/mjli2017.14.2.9
Journal volume & issue
Vol. 14, no. 2

Abstract

Read online

Tujuan – Analisis-meta ini pertamanya bertujuan menentu sah kekuatan pertalian (ES) antara pengamalan masteri dengan efikasi kendiri guru. Kedua, kajian ini juga meninjau faktor moderator yang mungkin mempengaruhi ES tersebut. Metodologi – Data analisis adalah bersumberkan sejumlah 26 kajian emperis terdahulu yang pada keseluruhannya melibatkan penyertaan 10,752 orang guru dengan berasaskan kriteria pemilihan konvensional. Untuk mengesan variabel moderator, prosedur regresi-meta telah digunakan. Dapatan – Keputusan analisis-meta menyokong jangkaan bahawa pengalaman masteri mempengaruhi efikasi kendiri guru secara positif. Juga, sifat sampel, instrument mengukur efikasi kendiri guru dan budaya lokasi tempat bertugas secara kolektif berperanan sebagai moderator dalam mempengaruhi kekuatan pertalian pengalaman masteri-efikasi kendiri guru. Signifikan - Hasil kajian menyumbangkan kepada pemahaman dan penyelidikan dalam bidang kognitif sosial dan efikasi kendiri. Seterusnya, terdapat implikasi praktikal yang wajar diambil kira oleh pembuat dan pelaksana dasar yang berkaitan dengan pembangunan professional guru.

Keywords