Journal of ICT in Education (Dec 2021)

Pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan LMS bagi kursus DBM 30033 Matematik Kejuruteraan 3 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

  • Wan Norsariza Wan Husin,
  • Fazaliana Zamzuri,
  • Zuraini Ibrahim

DOI
https://doi.org/10.37134/jictie.vol8.sp.2.5.2021
Journal volume & issue
Vol. 8, no. 4
pp. 42 – 54

Abstract

Read online

Teknologi e-pembelajaran yang berasaskan atas talian ini merupakan satu alternatif yang amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selari dengan perkembangan pesat teknologi ict masa kini, e-pembelajaran telah diperluaskan lagi bermula di sekolah-sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi dan ia merupakan satu perubahan dalam sistem pendidikan masa kini. Projek e-pembelajaran yang dibangunkan ini adalah menggunakan platform yang diberi nama CIDOS LMS yang merupakan satu sistem pengurusan yang menggunakan perisian sumber terbuka MOODLE. CIDOS LMS digunakan untuk membangunkan bahan-bahan interaktif e-pembelajaran yang merangkumi sumber dan aktiviti pelajar. Sumber yang paling penting adalah menyediakan nota-nota (Resource and Lesson), dalam bentuk atau format HTML, Microsoft PowerPoint atau Microsoft Word. Kuiz dan Tugasan merupakan aktiviti yang menguji kefahaman setiap pelajar dan perlu dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan. Manakala Chat dan Forum adalah satu aktiviti yang membolehkan berlakunya interaksi dua hala antara pelajar dan pensyarah. Pelajar boleh melakukan refleksi kendiri berkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan menggunakan aktiviti journal. Platform LMS ini telah menyediakan satu pangkalan data yang membolehkan pelajar dan pensyarah melihat tahap penglibatan mereka dengan adanya markah, tempoh masa dan kekerapan penggunaan hasil daripada aktiviti pelajar dan pensyarah dapat diperolehi. Semoga kajian ini dapat mengurangkan beban setiap pensyarah dan dapat membantu pelajar dalam meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik. ABSTRACT This online-based e-learning technology is a very effective alternative in the teaching and learning process. In line with the rapid development of ICT technology today, e- learning has been further expanded from schools to institutions of higher learning and it is a change in the education system today. The e-learning project developed is using a platform called CIDOS LMS which is a management system that uses MOODLE open-source software. CIDOS LMS is used to develop interactive e-learning materials that include student resources and activities. The most important resource is to give notes (Resource and Lesson), in the form or format of HTML, Microsoft PowerPoint, or Microsoft Word. Quizzes and Assignments are activities that test the comprehension of each student and are submitted according to a set time. Chat and Forum is an activity that allows for two-way interaction between students and lecturers. Students can do self-reflection related to what they have learned by using journal activities. The LMS platform has provided a database that allows students and lecturers to see their level of involvement with the available marks. Period time and frequency use of the results of student and lecturer activities can be obtained. Hopefully, this study can cut the burden of each lecturer and can help students continue the teaching and learning process better.

Keywords