International Journal of Management Studies (Dec 2008)

Variabiliti Harga Relatif dan Inflasi: Bukti Empirikal Di Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak

  • Zulkefly Abdul Karim,
  • Mohd. Azlan Shah Zaidi,
  • Mansor Jusoh

Journal volume & issue
Vol. 15, no. 2

Abstract

Read online

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara variabiliti harga relative (VHR) dengan inflasi di tiga buah wilayah Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan menggunakan data siri masa bulanan iaitu dari Januari 1970 hingga Mac 2005. Kajian ini menggunakan kaedah siri masa tidak linear iaitu model STAR dan LSTAR. Dapatan kajian menunjukkan variabiliti harga relatif mempunyai ciri tidak linear LSTAR bagi ketiga-tiga kes wilayah Malaysia. Selain itu, didapati pengaruh inflasi adalah signifikan dan berhubungan positif dengan variabiliti harga relative di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hasil kajian juga mendapati hubungan antara pemboleh ubah variabiliti harga relatif dengain inflasi adalah dalam bentuk tidak linear. Kcputusan kajian ini menyokong teori kos menu yang menyatakan bahawa variabiliti harga akan meningkat apabila berlakunya kenaikan dalam harga umum. Selain itu juga, didapati komponen stokastik bagi variabiliti harga relatifi mempunyai kelangsungan (persistence) dalam ketiga-tiga wilayah dalam tempoh kajian. Penemuan kajian ini memberikan implikasi bahawa dasar kawalan harga dan perlaksanaan dasar kewangan perlulah memfokuskan usaha mengawal kestabilan harga relatif dalam kalangan kumpulan barang.