Issues in Language Studies (Jun 2023)

PENGARUH PERSEKITARAN BAHASA TERHADAP PENGUASAAN KOSA KATA ARAB PELAJAR

  • Khairulaizam Abdul Rahman,
  • Harun Baharudin

DOI
https://doi.org/10.33736/ils.5374.2023
Journal volume & issue
Vol. 12, no. 1

Abstract

Read online

Faktor persekitaran berupaya menatijahkan peningkatan pencapaian pelajar dalam memahami isi pembelajaran serta dapat meningkatkan tahap penguasaan kosa kata. Kajian ini bertujuan melihat pengaruh persekitaran bahasa terhadap penguasaan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar Sekolah Agama Menengah (SAM) di Selangor. Kajian ini dikendalikan dalam bentuk kaedah tinjauan melibatkan 23 buah SAM dengan sampel seramai 335 orang daripada populasi seramai 2,653 orang pelajar. Analisis inferens digunakan untuk menganalisis data melibatkan ujian Korelasi Pearson dan Regresi Linear Berganda. Hasil dapatan menunjukkan bahawa persekitaran bahasa Arab (dimensi kesepaduan pelajar, penglibatan pelajar dan sikap pelajar berorientasikan tugasan) secara signifikannya memberi sumbangan terhadap penguasaan kosa kata Arab pelajar, dengan peratus varian sebanyak 31%. Dalam hal ini, dimensi kesepaduan pelajar merupakan penyumbang terbesar, iaitu sebanyak 8.57%. Kajian ini menunjukkan bahawa pembentukan ruang persekitaran pembelajaran perlu diperkasa melalui interaksi aktif sesama pelajar dan menambah baik sokongan guru supaya kestabilan ruang persekitaran pembelajaran bahasa dapat dibentuk.

Keywords