International Journal of Management Studies (Jun 2011)

Interaksi Antara Kepuasan Kerja Dengan Sikap Terhadap Wang Sebagai Peramal Kepada Keinginan Untuk Berhenti Kerja Secara Sukarela

  • Azman Ismail,
  • Cindy John,
  • Mohd Noor Mohd Shariff,
  • Mohd Na’eim Ajis,
  • Noor Faizzah Dollah

Journal volume & issue
Vol. 18, no. 1

Abstract

Read online

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja dan sikap terhadap wang ke atas keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul 140 borang soal selidik daripada pekerja yang berkhidmat di sebuah penguasa tempatan bertaraf bandaraya di Sabah, Malaysia. Keputusan analisis regresi hierarki menunjukkan dua dapatan penting: pertama, interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifi kan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Kedua, interaksi diantara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifi kan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja secara sukarela. Keputusan ujian statistik ini menunjukkan bahawa sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja intrinsic berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela. Manakala, sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja ekstrinsik tidak berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela. Dapatan kajian mengesahkan bahawa sikap terhadap wang hanya bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian. Selanjutnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan. Kata kunci: Kepuasan kerja, sikap terhadap wang, keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela.

Keywords