Jurnal Bahasa (Jun 2020)
Kepentingan Variasi Fonologi Kata Pinjaman Bahasa Melayu yang Dituturkan oleh Orang Asli Jakun kepada Kajian Linguistik Melayu: Analisis Fonologi Atur Rumus
Abstract
Kajian ini membincangkan kepentingan variasi fonologi kata pinjaman bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang asli Jakun kepada kajian linguistik Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan variasi bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang asli Jakun dari sudut fonologi dan menjelaskan kepentingan kewujudan variasi bahasa Melayu ini kepada kajian linguistik Melayu. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif untuk menghuraikan data yang dipungut di lapangan. Data bahasa Jakun ini dikutip melalui temu bual dengan informan di lima buah perkampungan orang asli Jakun di Kluang, Johor. Bagi menghuraikan fonologi bahasa Jakun, kajian ini menggunakan teori atur rumus Chomsky dan Halle (1968). Hasil kajian ini mendapati orang asli Jakun telah meminjam banyak perkataan bahasa Melayu, namun terdapat perbezaan dari sudut fonologi. Perbezaan dari sudut fonologi ini telah menghasilkan variasi bahasa Melayu yang berbeza sedikit dengan bahasa Melayu standard. Antara proses fonologi yang berbeza ialah penyisipan hentian glotis di akhir kata, kewujudan konsonan [h] antara urutan vokal, kewujudan konsonan [h] di awal kata, vokal rendah berubah menjadi vokal separa tinggi, vokal separa tinggi berubah menjadi vokal tinggi dan tiada penengahan vokal. Variasi bahasa Melayu yang terhasil daripada pertuturan orang asli Jakun ini telah memperlihatkan kedinamikan bahasa Melayu dari sudut kebolehan bahasa Melayu itu diserap dan digunakan oleh kaum lain.
Keywords