Jurnal Bahasa (Dec 2020)

Dialek Pasir Raja: Ciri Fonologi dan Pengelompokan

  • Mohd Tarmizi Hasrah

DOI
https://doi.org/10.37052/jb20(2)no1
Journal volume & issue
Vol. 20, no. 2
pp. 173 – 202

Abstract

Read online

Artikel ini membincangkan dialek Melayu yang dituturkan di Mukim Pasir Raja. Dari perspektif linguistik rakyat, dialek di kawasan ini dipersepsikan sebagai berbeza dengan dialek Melayu terengganu di kawasan kuala dan pesisir pantai. Perbezaan yang dipersepsikan wujud ini, jika dicerap menurut sudut pandang dialektologi diakronik menimbulkan persoalan yang perlu ditangani, iaitu: (i) ciri fonologi dialek di Pasir Raja yang menjadikannya berbeza dengan dialek Melayu lain dan (ii) hubungannya dengan dialek-dialek berkenaan. Bagi menjawab persoalan ini, aktiviti yang dilaksanakan adalah dengan mengumpul lebih 600 item daftar kata dan rakaman perbualan sebagai korpus data. Berasaskan pendekatan dialektologi diakronik, artikel ini memerikan beberapa ciri fonologi, dan membandingkannya dengan bahasa Malayik purba. ciri fonologi dialek Pasir Raja turut dibandingkan dengan dialek di kawasan kuala dan pesisir pantai termasuk beberapa dialek Melayu lain. Perbandingan fonologi adalah bagi tujuan pengelompokan. beberapa ciri fonologi dialek Pasir Raja menunjukkan dialek ini masih lagi terangkum di bawah cabang dialek Melayu hulu Semenanjung timur. Selain fakta linguistik, hubungan yang akrab ini dapat juga dijelaskan menerusi bukti sejarah dan sosiologi. Implikasi penemuan artikel ini yang penting ialah adanya dialek baharu dalam cabang dialek Semenanjung timur

Keywords