Malaysian Journal of Syariah and Law (Dec 2023)
KEPERLEMBAGAAN SEKSYEN 498 KANUN KESEKSAAN: ANALISIS JURISPRUDENS WATAN
Abstract
While Muslims in Malaysia are not yet overcome by shock due to Nik Elin's lawsuit, the atmosphere is re-heated by the repeal of section 498 of the Penal Code by the recent Federal Court’s interpretation. Such development attracted the public to inquire more about the Federal Constitution, especially the position on Islamic law. Section 498 touches on criminal offences that punish men who entice married women with the intent to have illicit intercourse. This article aims to analyse the constitutionality of section 498 of the Penal Code viewed from Article 8(5)(a) and Article 11(5) of the Federal Constitution. The methodology of this study is doctrinal research using Watanic jurisprudence. Although this article touches on the interpretation of section 498 of the Penal Code, it is not intended to discuss the facts of the case in trial at the time this article was written. The analysis here also does not touch on whether the position of the Penal Code, being the existing law, is subject to Article 162(6). However, the repealing effect of section 498 has been duly analysed. The findings show that the essence of section 498 is based on the teachings of Islam, and a similar provision is stipulated in the Law of the Pahang, Johor, and Perak Codes. It is mandatory for preserving personal law and upholding the principles of morality in accordance with customs and religious beliefs. ABSTRAK Walaupun umat Islam di Malaysia masih belum reda dengan kejutan akibat tuntutan mahkamah Nik Elin, suasana kembali hangat dengan pemansuhan seksyen 498 Kanun Keseksaan oleh tafsiran Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Perkembangan itu menarik minat ramai orang untuk bertanya lebih lanjut tentang Perlembagaan Persekutuan, terutamanya kedudukan undang-undang Islam. Seksyen 498 menyentuh kesalahan jenayah yang menghukum lelaki yang menggoda wanita berkahwin dengan niat untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis keperlembagaan seksyen 498 Kanun Keseksaan yang dilihat daripada Perkara 8(5)(a) dan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan. Metodologi kajian ini adalah penyelidikan doktrin menggunakan jurisprudens watan. Walaupun Artikel ini menyentuh tafsiran seksyen 498 Kanun Keseksaan, ia tidak bertujuan untuk membincangkan fakta kes dalam perbicaraan pada masa Artikel ini ditulis. Analisis di sini juga tidak menyentuh sama ada kedudukan Kanun Keseksaan sebagai undang-undang sedia ada, tertakluk kepada Perkara 162(6). Walau bagaimanapun, kesan pemansuhan seksyen 498 telah dianalisis dengan sewajarnya. Dapatan kajian menunjukkan intipati seksyen 498 adalah berlandaskan ajaran agama Islam, dan peruntukan yang sama termaktub dalam Hukum Kanun Pahang, Johor dan Perak. Adalah satu yang wajib untuk memelihara undang-undang diri dan menegakkan prinsip moral mengikut adat dan kepercayaan agama.
Keywords