Jurnal Bahasa (Dec 2021)

Dialek Melayu Baling: Satu Pemerian Awal

  • Mohd Tarmizi Hasrah,
  • Mohammad Khairulanwar Abdul Ghani

DOI
https://doi.org/10.37052/jb21(2)no2
Journal volume & issue
Vol. 21, no. 2
pp. 193 – 216

Abstract

Read online

Berdasarkan fakta, dialek di kawasan pedalaman memiliki sistem linguistik yang berbeza dengan sistem linguistik di kawasan bandar dan pekan. Salah satu dialek di kawasan pedalaman yang ditanggapi memiliki kelainan yang dimaksudkan ialah dialek Melayu yang dituturkan di daerah Baling, Kedah. Artikel ini bertujuan memaparkan pemerian sistem fonologi dialek Melayu tersebut dengan tumpuan terhadap pemerian fonem dan analisis beberapa ciri fonologi bagi mengesahkan dakwaan kelainannya. Pemerian fonem dilakukan berdasarkan kaedah yang ditetapkan dalam Basic Linguistic Theory; manakala analisis ciri fonologi pula dikerjakan dengan menerapkan kerangka dialektologi diakronik yang memfokuskan pemerian, perbandingan dan pengelompokan. Kewujudan konsonan [ɣ] dan proses fonologi seperti penyatuan nasal BMP *-am kepada [-an], penyatuan diftong BMP *-aw dan *-ay kepada [ɔ] selain pengekalan BMP *ɣ di awal dan di antara vokal dan penggugurannya di akhir yang mengubah nilai vokal sebelumnya jelas menunjukkan bahawa dialek Melayu di Baling memerlukan kelihan yang berbeza daripada tanggapan pengkaji lepas. Kelihan yang dimaksudkan menegaskan bahawa dialek tersebut wajar dianggap sebagai dialek tersendiri yang memerlukan nomenklatur dan pengelompokan baharu daripada hanya sekadar dikelompokkan di bawah subdialek Melayu Kedah. Implikasi penemuan seperti ini secara tidak langsung menolak perspektif umum tentang pengelompokan dialek Melayu Semenanjung yang masih melihat kewujudan dialek tersendiri dalam sesebuah negeri dianggap sebagai “subdialek” kepada dialek negeri berkenaan

Keywords