Journal of ICT in Education (Dec 2021)
Analisa ‘Course Learning Outcome Monitoring’ bagi kursus Matematik dalam Kejuruteraan
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisa nilai Course Learning Outcomes Monitoring (CLOM) bagi kursus matematik dalam kejuruteraan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer) di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Objektif kajian ini adalah untuk melihat kesan indeks CLOM bagi pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan. Selain itu, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kaedah penilaian yang sesuai bagi meningkatkan nilai indek CLOM. Keputusan analisa menunjukkan bahawa nilai CLOM bagi sesi 2019/2020 adalah 63.17% berbanding dengan nilai indek CLOM yang diperoleh bagi sesi 2020/2021 iaitu 73.12%. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan nilai CLOM sebanyak 9.95% bagi sesi 2020/2021. Walaupun begitu nilai indek CLOM ini masih perlu diperbaiki supaya mencapai tahap yang lebih berkesan iaitu 75% dan keatas. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa prestasi bagi setiap penilaian yang dilakukan akan memberikan kesan secara langsung kepada nilai indek CLOM bagi sesuatu kursus. ABSTRACT This study aimed to analyze the value of Course Learning Outcomes Monitoring (CLOM) for mathematics in engineering course for the Bachelor of Education (Computerized Design Technology) program at the Faculty of Arts, Computers and Creative Industries, Universiti Pendidikan Sultan Idris. The objective of this study was to look at the effect of the CLOM index for predetermined learning and teaching. In addition, the other objective was to identify appropriate valuation methods to increase the value of the CLOM index. The results of the analysis show that the value of CLOM for the 2019/2020 session was 63.17% compared to the value of the CLOM index obtained for the 2020/2021 session which was 73.12%. This indicates that there was an increase in CLOM value of 9.95% for the 2020/2021 session. However, the value of the CLOM index still needs to be improved to reach a more effective level with value of 75% or above. Therefore, it can be concluded that the performance of each assessment performed has a direct impact on the value of the CLOM index for a course.
Keywords