Al-Rāʾiq (Jun 2021)

Persepsi Majikan Terhadap Prestasi Graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali: Tumpuan Kajian 2011-2018

  • Arman H. Asmad,
  • Lilly Suzana Shamsu,
  • Nurul Nabilah Ali,
  • Ummi Fa’izah Abdul Rahman,
  • Supri Sudin,
  • Halimaturradiah Metussin,
  • Rafidah Haji Abdullah

Journal volume & issue
Vol. 4, no. 1
pp. 1 – 34

Abstract

Read online

Masalah pengangguran dalam kalangan para graduan institusi pengajian tinggi telah menjadi satu fenomena global yang merunsingkan para pemimpin dunia termasuklah di Negara Brunei Darussalam. Justeru, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda di Majlis Hafl al-Takharruj UNISSA ke-5 secara jelas menekankan mengenai keperluan bagi mempersiapkan para pelajar UNISSA agar mereka mempunyai kebolehpasaran sehingga mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang kompetitif. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kebolehpasaran para graduan UNISSA dengan mengambilkira persepsi para majikan tempat mereka bekerja sama ada di sektor awam atau swasta. Kajian ini menumpukan kepada responden yang terdiri daripada lulusan tahun 2011 – 2018; iaitu graduan pertama dilahirkan sehinggalah penyelidikan ini dilaksanakan. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi yang digunapakai ialah analisis dokumen dan soal selidik. Dapatan kajian mendapati bahawa majikan sangat berpuas hati dengan etika/sahsiah lulusan UNISSA. Walau bagaimanapun kajian juga menemukan jurang yang perlu diberi perhatian oleh UNISSA bagi meningkatkan kapasiti pelajar yang akan melonjakkan kebolehpasaran lulusannya. Adapun jurang yang sangat ketara itu ialah kompetensi dalam kepimpinan serta kemahiran dalam pengurusan dan interpersonal. Lantas bagi mengecilkan jurang ini, UNISSA perlu meneliti dan menilai semula program dan kurikulum akademik dan non- akademik bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan industri dan kehendak semasa.