International Journal of Management Studies (Dec 2006)

Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia

  • Sanep Ahmad,
  • Hairunnizam Wahid,
  • Adnan Mohamad

Journal volume & issue
Vol. 13, no. 2

Abstract

Read online

Isu bocoran bayaran zakat sering diperbahaskan. Sesetengah individu didapati lebih gemar membayar zakat terus kepada asnaf berbanding membayarnya kepada institusi formal sebagai amil yang dilantik. Malah terdapat individu yang membayar zakat di luar kawasan permaustatin mereka. Keadaan ini tentunya menjejaskan koleksi zakat dan seterusnya memberi kesan kepada keberkesanan agihan. Walaupun kewujudan institusi formal seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) dapat memperbaiki pengurusan zakat dari segi kutipan dan agihan, namun gejala ini tetap berlaku. Soalnya mengapa ia terus berlaku dun apakah faktor yang mendorong individu untuk terus berbuat demikian. Sehubungan itu, kajian ini akan meneliti apakah faktor yang dapat mendorong ketaatan individu untuk membayar zakat kepada institusi formal agar dengannya dapat mengurangkan bocoran dun menaikkan jumlah kutipan. Kajian dilakukan berdasarkan data primer dan dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dan model logit. Keputusan kajian mendapati rasa puas hati individu terhadap pengurusan institusi formal adalah antara faktor terpenting menentukan kepatuhan bayaran kepada institusi formal. Oleh itu, untuk menarik lebih ramai individu kepada institusi formal maka institusi formal perlu terlebih dahulu meningkatkan kepuasan individu pembayar zakat. Di antara cara yang boleh dilakukan ialah memperbaiki prestasi, sentiasa menjaga nama baik, lebih telus dan menambah agihan yang bersifat produktif.