Journal of ICT in Education (Nov 2022)

Penilaian keberkesanan pembelajaran aktif segerak dan tidak segerak secara atas talian bagi kursus Pengurusan Geoinformasi

  • Zakri Tarmidi,
  • Uznir Ujang,
  • Akhmal Sidek,
  • Ahmad Nabil Md Nasir

DOI
https://doi.org/10.37134/jictie.vol9.2.2.2022
Journal volume & issue
Vol. 9, no. 2
pp. 16 – 33

Abstract

Read online

Pembelajaran aktif telah terbukti berkesan dapat meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar, dengan menumpukan kepada perbincangan antara pelajar, dan komunikasi dua hala dalam memahami topik dalam kursus yang diambil. Pembelajaran aktif kebiasaannya dilaksanakan secara bersemuka, namun ketika berlakunya pandemik COVID-19, proses ini tidak dapat dilaksanakan kerana pembelajaran perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya. Walaupun begitu, terdapat program-program pengajian yang menjalankan pembelajaran aktif secara atas talian. Akan tetapi kurang kajian yang khusus dijalankan bagi melihat keberkesanan pembelajaran aktif secara atas talian sepenuhnya. Oleh yang demikian, penyelidikan di dalam kertas penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat keberkesanan pembelajaran aktif secara atas talian dengan menggunakan teknik segerak dan tidak segerak. Kursus Pengurusan Data Spatial Lanjutan dipilih sebagai sampel kajian kerana ianya merupakan salah satu kursus di dalam kategori pengurusan Geoinformasi. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan dan penandaarasan bagi melihat maklumbalas pelajar dan perbandingan pencapaian pelajar dengan pelaksanaan pembelajaran aktif secara atas talian secara segerak dan tidak segerak. Hasil analisis menunjukkan, bagi kajian tinjauan, maklumbalas pelajar berada pada tahap tinggi, dengan nilai skor min 4.17, manakala bagi kajian penandaarasan, perbezaan peratus tahap pencapaian pelajar adalah menurun sedikit, dengan nilai min 4.3 namun tidak memberi impak yang besar terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah pembelajaran aktif boleh dilaksanakan secara atas talian, dengan menggabungkan teknik pembelajaran segerak dan tidak segerak. Abstract Active learning has been shown to be effective in improving student comprehension and achievement, by focusing on a discussion between students, and two-way communication in understanding the topics in the course taken. Active learning is usually done face-to-face, however in the event of a Covid-19 pandemic, this process is not feasible because learning has to be done entirely online. Even though several teaching programs implement online active learning, the previous studies less emphasis on assessing the effectiveness of active learning implementation in fully online practices. This study aimed to look at the effectiveness of online active learning using synchronous and asynchronous techniques, for the Advanced Spatial Data Management course. The research method used is survey research and benchmarking to identify student feedback and comparison of student achievement with the implementation of active learning online synchronously and asynchronously. The results of the analysis showed that for the survey study, student feedback was at a high level, with a mean score of 4.17, while for the benchmarking study, the difference in the percentage of student achievement was slightly decreased, with a mean value of 4.3 but did not have a significant impact on student achievement. The results of this study indicate that active learning methods can be implemented online, by combining synchronous and asynchronous learning techniques.

Keywords