International Journal of Management Studies (Jun 2010)

Kesan Amalan Komunikasi dalam Sistem Ganjaran dan Keadilan Prosedur Terhadap Prestasi Kerja

  • Azman Ismail,
  • Dayang Nailul Munna Abang Abdullah,
  • Noraida Wahid,
  • Mohd Noor Mohd Shariff

Journal volume & issue
Vol. 17, no. 1

Abstract

Read online

Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur pengaruh persepsi keadilan prosedur dalam perhubungan antara amalan komunikasi dalam sistem ganjaran dan prestasi kerja di sebuah penguasa tempatan berstatus bandar raya di Sarawak, Malaysia. keputusan analisis regresi berganda hierarki menunjukkan bahawa interaksi antara pengetahuan tentang sistem ganjaran dan keadilan prosedur mempunyai hubungan yang tidak signifi kan dengan prestasi kerja, tetapi interaksi antara layanan ketua terdekat dan keadilan prosedur mempunyai hubungan yang signifi kan dengan prestasi kerja. dapatan kajian mengesahkan bahawa keadilan prosedur hanya bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhanaan separa dalam model sistem ganjaran dalam organisasi kajian. justeru itu, implikasi dan limitasi kajian ini, serta cadangan kajian akan datang turut dibincangkan.

Keywords