International Islamic University Malaysia Engineering Journal (Jan 2012)
Nuclear Energy: An Ethical Use of Resources
Abstract
Energy is the lifeblood of development, but its amount is finite. It can neither be created nor destroyed; but it can be converted from one form to another. The conversion changes the state of the resources and the change generally is not reversible. Nuclear energy steadily contributes about sixteen percent to global total electricity demand. Its application for electricity production is expected to increase due to dwindling natural resources, concern for greenhouse gaseous emission, and the limited capability of renewable energy and biofuels to be major energy resources. Nuclear energy, however, is plagued with ever presence public perception issues, some are real some are due to misperceptions. The trio of accidents: Three Mile Island, Chernobyl, and most recently, Fukushima, however has slightly dampened the prospect. Nuclear energy makes use of uranium, an element that has no peaceful applications other than to be used in nuclear power reactors to generate heat or neutrons, produce steam, and drive turbo-generators for electricity production. Other resources, such as oil, coal, and gas have multiplicity of uses that cannot be substituted by uranium. On that premise, this paper argues that the use of nuclear energy is an ethical choice. This choice overrides considerations such as waste, complexity, and safety that are often projected as reasons for avoiding it altogether. Those considerations are of scientific and engineering dimensions that mankind has to wrestle and overcome as the khalifah. In so doing, proper education and ethical use of knowledge become imperative. ABSTRAK: Tenaga adalah nadi pembangunan, tetapi jumlahnya terbatas. Ia tidak boleh dicipta atau dimusnahkan; tetapi ia boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain. Pertukaran bentuk ini mengubah keadaan sumber tenaga dan perubahan tersebut tidak boleh ditukarbalik. Tenaga nuklear menyumbang kira-kira enam belas peratus kepada jumlah permintaan elektrik global. Keperluan tenaga elektrik dijangka meningkat kerana pengurangan sumber asli, kebimbangan atas pelepasan gas rumah hijau, dan keupayaan biofuel dan tenaga boleh diperbaharui untuk menjadi sumber tenaga utama. Namun begitu, tenaga nuklear sentiasa dibelenggu oleh isu-isu persepsi umum, sebahagiannya benar dan sebahagian lagi disebabkan oleh salah anggap. Ketiga-tiga kemalangan nuklear: Three Mile Island, Chernobyl, dan baharu-baharu ini, Fukushima, bagaimanapun menjejaskan sedikit prospek berkenaan. Tenaga nuklear menggunakan uranium, suatu unsur yang tidak mempunyai sebarang kegunaan aman selain daripada digunakan dalam reaktor nuklear untuk menjana neutron atau haba, menghasilkan wap, dan memacu turbo-generator yang mengeluarkan elektrik. Sumber-sumber lain seperti minyak, arang batu dan gas mempunyai pelbagai kegunaan yang tidak boleh digantikan oleh uranium. Atas hujjah itu, rencana ini mengutarakan bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah pilihan yang beretika. Pilihan ini mengatasi pertimbangan-pertimbangan seperti sisa, kerumitan teknologi, dan keselamatan yang sering ditonjolkan sebagai alasan untuk mengelakkan sama sekali kegunaan tenaga nuklear. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah dalam dimensi saintifik dan kejuruteraan yang manusia, sebagai khalifah, perlu tangani dan atasi. Dalam berbuat demikian, pendidikan yang sempurna dan penggunaan pengetahuan yang beretika menjadi penting. Keywords-nuclear energy;greenhouse gas; renewable energy; ethical energy use; nuclear fuel; uranium; nuclear reactor.