International Journal of Management Studies (Jun 2006)
Program Latihan Kemahiran: Perbandingan Kos, Kebolehpasaran dan Pendapatan Pelatih
Abstract
Pelaburan awam terhadap latihan kemahiran meningkat pesat berbanding dekad yang lampau bagi mengukuhkan lagi perlaksanaan ekonomi berasaskan pengetahuan, industrialisasi, memajukan teknologi dan produktiviti. Kerajaan dan agensi antarabangsa menyarankan agar institusi latihan kemahiran awam wajar selalu dinilai untuk meningkatkan keberkesanan program latihan kemahiran yang dikendalikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membandingkan keberkesanan kos latihan kemahiran institusi latihan awam di negara ini.Artikel ini meneliti kos dan keberkesanan program latihan yang dikendalikan oleh ILP dan IKM. “Longitudinal follow-up survey“ dan temubual mendalamdilakukan untuk mencapai objektif kajian ini. Responden kajian dipilihmengikut kadar dan distratakan mengikut lokasi institusi latihan. Hasil kajianmenunjukkan lepasan IKM mempunyai kadar memperoleh pekerjaan,kerelevanan latihan dan pendapatan semasa yang lebih tinggi berbanding lepasan ILP.